Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 28th, 2008

 tertidur selepas pulang berkebun tadi….tak sempat pulak tok nak buka laptop ( macam lolipop pulak sebutan dia )  ..

sambil-sambil menyangkul tadi tok terfikir nak buka kebun ni memang susah. Nak cari tanah, nak mula menebas, nak memuat pagar dan memungut hasil.

Bukan semua ada sedia sendiri seperti Tuhan yang boleh meng ADA kan apa sahaja jika dikatakan KUN FAYAKUN….

memang ikut kitab jawi macam tulah yang pernah tok dengar dengar dulu zaman budak budak lagi. Mujur sempat jugak menadah telinga. Kalau tak tentu tok tak tahu apa apa buat bekalan sebagai manusia.

Emosi tok wan dah ok tengah hari ni…dah dapat elak dari emosi sangat macam pagi tadi…kalau tidak tentu tak dapat lah menyambong tulisan ni..

Kalu tak ada cucu tok wan mengedit edit tok wan punya tulisan ni tentu banyak salah eja dan huruf. Al maklumlah generasi sekarang tak sama dengan generasi dulu. Mujur lah mereka sekarang dah pandai berkat kemudahan sekolah yang ada sekarang.Tak sama dengan zaman tok wan dulu.

Dulu nak ke sekolah memang susah..Mana ada bas, kereta, motosikal macam la ni…tok wan kena mandi pulak di perigi. Air sejuk macam air batu….Terketar ketar habis semua lutut pinggang tok…

Memang susah zaman dulu. Kerajaan baru merdeka dan banyak benda tak dapat dibuat sekaligus. Namun sekarang ni selepas 50 tahun, alhamdulillah banyak sudah berubah.

Dari tak ada jalan elok, dah ada jalan tar. Kalu dulu gelap nak lalu malam malam sekarang dah terang benderang.. Dulu nak berhibur kena tengok di panggung atau ke persembahan pentas sekali sekala di kampung. Sekarang dah ada di ASTRO ..

Bahkan kalu dulu nak tengok ceramah agama, ceramah motivasi kena jalan jauh.. Balik pulak lewat hingga tersengguk-sengguk mengantuk.

Syukurlah tokwan panjatkan kat Tuhan pencipta alam. Kalu tak ada kesyukuran tentu TUhan akan hancurkan balik semua ni. Kalu tak ada perancangan dan usaha gigih tentu tak akan dapat kita hidup aman dan harmoni di zaman moden ni.

Bila cucu tok wan nak tunjuk gambar apa tu yang dipanggil sidang video ( dulu tok hanya tahu sidang tu sidang rakyat sahaja ) tok pun mengangguk  nak tengok jugak. Tok terkejut gambar cucu di Amerika boleh bergerak gerak dan siap ada suara lagi …Tok pun sangat gembira lah tengok dan nampak kelurga tok di sana.

Anak tok mengaji di Amerika bidang perubatan peringkat pakar…

alamak….ada tetamu. Tok nak jumpa jap…tok minta diri dulu..bye bye cu..

Read Full Post »