Tokwan tak dapat ringkaskan tajuk di atas.. Puas fikir plus mengantuk jadi tulis macam tu dah cukup kot.. Tok saja nak kongsi dengan cucu beberapa penemuan terbaru tokwan.
Pertama tokwan baru baca artikel panjang plus lebar dalam SaifulIslam http://saifulislam.com/?p=6973
Ada dinyatakan memang benar di Jordon pelajar boleh ambil ijazah dengan dua bidang berbeza tetapi major dan minor ..
Tokwan juga terbaca kisah dr asmadi yang pergi belajar arab dan pergi lagi kali kedua belajar syariah di jordon. Ada di link ini. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7927.5;wap2
Kesimpulan tokwan nampak Zamihan benar dalam statement dia kata Dr Asri belajar arab major dan syariah sebagai minor. Cuma kenapa Dr Asri tak kata macam tu ?

Sebab Mstar lapor di bawah ini bahawa Dr Asri membuat pengkhususan dalam dua bidang sekaligus…pelik dan bingung tokwan fikir benda ni..
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/11/3/mstar_berita/20091103172036&sec=mstar_berita
Cuma adakah ia dapat diterima sebagai alasan untuk rendahkan intelektual Dr Asri ?
Tokwan rasa baik kita fokus hujah dan bahan ceramah beliau sebagai cara berbahas dengan ilmiah. Soal kelulusan tu tokwan tak setuju ia diungkit angkat..
Siapa setuju angkat tangan !












1 response so far ↓
Anwar // November 12, 2009 at 5:30 pm |
Salam tokwan,
Terima kasih utk link di atas.
Membaca coretan tersebut banyak membantu saya memperjelaskan beberapa persoalan di minda. Bagi saya, yg tidak mengenali Dr Asri secara dekat tetapi mengenali beliau daripada tulisan dan kuliahnya di internet, kisah pengalaman Saiful bersama Dr Asri memberi gambaran serba sedikit tentang diri beliau dan sejarah hidupnya. Mungkin pada kebanyakan orang ini bukan suatu perkara yg penting.
Isu ini mengembalikan minat saya untuk mempelajari agama. Dalam hidup ini kadang2 kita terleka dan terbabas dari ‘jalan’ hidup yg sepatutnya. Dr Asri mengembalikan keinginan untuk belajar dan memahami Islam dan seterusnya kembali kepada ‘jalan’ lurus. Ini adalah jasanya kepada saya. Saya kira jika org seperti saya yg hati keras seperti batu masih berpeluang disinari cahaya maka mungkin org lain juga boleh mendapat manfaat yg sama.
Ilmu yg baik umpama cahaya. Ia mampu menyinari hati yg gelap gelita. Saya bersyukur kerana cahaya ilmu masih mampu menusuk kalbu ini. Alhamdulillah