Tok Wan

PTS penerbitan pro PAS anggap gaya kepimpinan Nik Aziz iras Nabi

July 28, 2009 · 4 Comments

Melihat tajuk dari buku Penerbitan PTS ini membuatkan saya tersenyum dalam duka. Mengenangkan betapa mudahnya satu figur yang begitu kontroversi ini di TAKSUBI dan di samakan dengan kepimpinan nabi amatlah menyedihkan. Pathetic. Betapa rupanya kita semua ini sudah tidak kenal dengan kemuliaan akhlak RSAW san perjuangan RSAW sehinggakan satu figur yang amat jauh dengan keperibadian SRAW disamakan dengannya. Sungguh malang sekali, dan percayalah RSAW juga sedang menangisi kecelaruan iman dan taqwa kita semua di hari ini.

Betapa perlunya kita sebenarnya melatakkan RSAW selalu dihati dan merinduinya saban ketika, kerana kita sudah terlalu jauh dari mengenali baginda yang sangat mulia ini. Apa yang berlaku di dalam masyarakat kita hari ini, segala perpecahan di kalangan umat Islam, kehinaan dan penindasan adalah kerana kesalahan diri kita sendiri. Kita sudah terlalu jauh dengan Allah dan rasulNya..kita sudah kehilangan roh Islam itu di dalam diri sendiri..hanya sekadar ilmu yang mati dan tidak mampu menghidupkan jiwa dan roh iman dan taqwa dalam diri.

Ulamak di akhir zaman ini lebih ramai ulamak yang suk dari ulamak sejati. Ulamak suk ini hanya mendendangkan kepada kita perkara yang meragukan, memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian, mengajak untuk berdakwah dengan keras, tunduk dan takut kepada orang kafir dan tidak berani berkata benar apabila ia tidak memberi keuntungan kepada dirinya, keluarganya, kaum atau puaknya. Perbezaan mereka ini dengan RSAW adalah ibarat langit dan bumi tetapi mengapa masih ada yang keliru dan tidak kenal siapa dan ciri ulamak suk ini? menyedihkan sekali..

Marilah kita sama-sama berdoa agar kita semua diberi oleh Allah SWT hidayah dan petunjuknya dan didatangkan kepada kita ulamak sejati yang keperibadiannya benar-benar menyerupai RSAW, mereka inilah sebenarnya ulamak pewaris nabi. Mereka bukanlah ulamak politik atau parti, tetapi mereka adalah ulamak yang memperjuangkan jemaah islam dan daulah islam dengan menurut seratus peratus perjuangan RSAW.

Ameen.

Catatan :

Gaya Kepimpinan Nik Aziz ulamak melayu Islam Demokrat.

1. Pergi Jahanam dengan UMNO
- RSAW tidak mengajar bercakap kasar, kesat, dan mendoakan kejahanaman orang lain hatta kepada bukan sebangsa dan seagamapun, RSAW doakan.

2. Undi PAS dapat pahala.
- RSAW tidak mengajar bahwa manusia boleh mendahului Allah di dalam mengistiharkan sebarang kebajikan yang mendapat pahala, dan RSAW juga tidak mengajar bahawa mengundi menggunakan demokrasi ciptaan yahudi itu satu jihad.

3. Orang melayu selain dari PAS, yang tidak menyokong PAS itu sesat.
- Apakah PAS itu satu perwakilan Allah di dunia ini, sehinggakan jika tidak menyokongnya menjadi satu kesesatan? Pendapat dari mazhab manakah yang DIPLAGIAT oleh Nik Aziz untuk memenangkan calon partinya ini? Apakah keimanan dan akidah sudah ada aliran baru iatu PASYARIAH?

artikel dari blog puterinafisah

tokwan : tak ada gaya langsung tok garu orang pas ni macam gaya dakwah nabi. kesian agama Islam dilihat suka mencarut dan maki orang sebab orang tua ni.

tokwan faham sebagai orang tua memang tak dapat lari dari situasi nyanyuk. nik aziz pun dah tua sangat. elok berehat sementara tunggu mati.

peliknya tak ada orang pun desak nik aziz berundur. atau mereka takut pas akan kalah sebab tak ada faktor nik aziz ?

wallahu a’lam.

tokwan tak kisah.

Categories: 1

4 responses so far ↓

  • Ibnuaddin // August 10, 2009 at 8:37 pm | Reply

    Assalamualaikum.

    ASTAGHFIRULLAHALADZIM.. Islam dicemari dan difitnah oleh umat Islam sendir..

    Kalau sesiapa yang mempelajari, menghayati perjalanan sirah dan akhlak baginda junjungan mulia Nabi Muhammad SAW tidak akan sama sekali terlintas dihatinya terbayang Nik Aziz sebagai seorang yang memiliki sifat kepimpinan Nabi dan amat jauh sekali antara langit dan bumi menghampiri akhlak Rasulullah..

    Inilah fitnah amat dhsyat terhadap kemuliaan Rasulullah SAW yang digerakkan oleh manusia2 yang nama sahaja Islam tetapi beraqidah ta’sub dan bernafsu politik sekular semata2..

    Semoga Allah SWT memelihara kemuliaan Baginda nabi dari dicemari oleh puak2 yang memperalatkan kemuliaan Islam sebagai alat matlamat menghalalkan cara..

    Penulis buku ini..anda tunggulah di akhirat kelak..anda menghina Rasulullah dengan membawa propaganda jahat lagi sesat untuk memuja manusia fasiq yang mempergunakan agama untuk kuasa politik.. Nauzubillahiminzalik dari fitnah sebgini..

  • Ibnuaddin // August 10, 2009 at 8:52 pm | Reply

    WAHAI SAHABAT2 SEKALIAH..JAUHILAH DIRI KITA DARIPADA MENDEKATI DAN MEMPERCAYAI PROPAGANDA DAN PSIKOLOGI BEGINI!! INI ADALAH USAHA UNTUK MEYESATKAN UMAT ISLAM DAN PROPAGND AJAHAT PUAK SEKULAR YANG MENGAMALKAN POLITIK SEBAGI MATLAMAT!!

    PELIHARALAH KEMULIAAN ISLAM DAN KENABIAN KEKASIH ALLAH SWT MUHAMMAD SOLLALLAHUA’LAIHIWASSALAM DIAKHIR ZAMAN INI RASULULLAH TELAH MENYATAKAN FITNAH AKAN BERLELUASA SEHINGGA KITA TERPAKSA MENJAUHINYA DENGAN BER’UZLAH (MENGASINGKAN DIRI) UNTUK MENJAUHINYA..

    Sesiapa yang mengagungkan Nik Aziz sehingga menyamakan penghampiran atau ‘iras’ kepimpinan Nabi maka ia adalah SESAT!!!
    Jelas kita telah saksikan betapa banyaknya kefasiqan beliau dalam mengemudi parti PAS terutama sejak akhir2 ini..maka hatilah2 kita jangan sampai rosak AQIDAH suci Islam kita dengan propaganda sebegini.

    Semoga Allah SW memelihara Aqidah dan Syariat Islam kita di zaman fitnah ini..

    Wallahua’lam

  • amrizal // October 7, 2009 at 8:20 am | Reply

    Heran kenapa ada orang yang ingin menegakkan syariat Islam ditentang, sedangkan pemimpin yang terang-terang hanya mengambil Islam hanya untuk keuntungan dunia disokong.

    Kita bukan nak berjuang atas dasar politik saja, tetapi berjuang untuk mendapatkan keredhaan Allah dan bertemu Allah.

    Sekiranya kita rasa apa yang kita perjuangkan mendapat redha Allah teruskan…

    Saya sendiri sekiranya BN sendiri berjuang untuk Islam secara penuh, saya akan sokong.

  • Edisi Sabtu : Nik Aziz Setaraf Nabi – Satu Analisa | Story-Story Malaysia // November 15, 2009 at 1:20 am | Reply

    [...] seperti mana ulasan Tok Wan yang memaparkan penerbitan buku ( lihat gambar ) oleh PTS di atas ( klik sini ) Kelemahan manusia memang ketika diuji dengan sanjungan dan juga ketaksuban melampau oleh murid [...]

Leave a Comment